Demonstrasi, Pengadil & Bola Sepak

Demostrasi jalanan terbukti mengundang huru-hara daripada menyelesaikan masalah - Gambar Hiasan
Demostrasi jalanan terbukti mengundang huru-hara daripada menyelesaikan masalah – Gambar Hiasan

Sehingga ke hari ini saya tidak percaya dengan demonstrasi.

Jika kita menonton berita-berita dunia yang menayangkan tentang demonstrasi rakyat di mana-mana negara, pastinya persepsi kita akan mengatakan bahawa negara itu sudah tidak aman lagi.

Bayangkan pula jika orang luar melihat demonstrasi di Malaysia di kaca TV mereka, tidakkah mereka juga akan beranggapan bahawa Malaysia juga sudah tidak aman? Mereka juga boleh beranggapan bahawa kerajaan Malaysia begitu zalim sehinggakan rakyat bangkit berdemonstrasi menuntut hak mereka.

Itulah yang difikirkan oleh puak-puak pembangkang. Mereka mahukan huru-hara berlaku di Malaysia dan mengidamkan sokongan luar untuk bersimpati kepada puak-puak pembangkang dan bukannya menuntut hak yang sebenar.

Perhimpunan BERSIH dan siri-siri demonstrasi yang berlarutan selepas itu sangat merobek hati. Tuntutan yang dianggap adil itu adakah perjuangan yang sebenar atau bertopengkan ‘keadilan’ yang dirancang? Benarkah mereka tidak percaya lagi dengan SPR yang dikatakan sebagai kotor, banyak pengundi hantu, penipuan dan sebagainya itu?

RENCAH BOLA SEPAK

Dalam permainan bola sepak, kemenangan itu pasti diidamkan bagi setiap pemain, pasukan dan penyokong. Dalam bola sepak juga ada pengadil yang akan mengadili permainan bagi menentukan keputusan sebelum, semasa dan di akhir perlawanan.

Semasa perlawanan ada pemain yang sangat lincah, ada yang main kasar dan ada yang bermain secara diplomatik. Kita juga dapat lihat ada penyokong yang bersorak dengan aman dan ada juga penyokong yang tidak beretika dengan menyuluh laser kepada pemain, baling botol ke dalam padang dan membakar mercun.

Di akhir perlawanan nanti ada pasukan yang menang dan ada pasukan yang kalah. Bagi penyokong yang tidak bertanggungjawab dan beremosi pasti akan merosakkan kerusi di stadium, memaki hamun pengadil perlawanan yang dikatakan berat sebelah dan bertumbuk dengan penyokong pihak lawan di luar stadium. Itulah yang berlaku kepada segelintir pasukan yang kalah.

Itulah rencah bola sepak kepada penyokong dan pemain yang tidak bertanggungjawab. Mereka tidak dapat menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Bukannya mahu menyalahkan cara permainan sendiri, meningkat skil permainan dan menyusun strategi perlawanan di masa akan datang, tetapi lebih kepada maki hamun dan menyalahkan pihak lain.

DEMONSTRASI YANG MEROBOH DEMOKRASI

Dalam soal perjuangan yang mahukan keadilan dalam pilihanraya kononya, mereka seolah-olah tidak percaya dengan kredibiliti SPR selaku pengadil di padang politik. Mereka berkata seolah-olah SPR berat sebelah, banyak memberi peluang kepada kerajaan dan selalu menyalahkan pembangkang.

Mesir di zaman Hosni Mubarak, beliau memerintah selama 30 tahun tanpa ada pesaing merebut jawatan Presiden dan mendapat 99% undi dalam Pilihanraya. Jika dikatakan keputusan ini adil, ianya boleh dipertikaikan kerana manakan seorang Presiden yang mendapat tentangan rakyatnya mampu mendapat undi 99%? Tidakkah pelik? [SUMBER]

Lain pula di Malaysia, persaingan di antara kerajaan dan pembangkang diberi kebebasan untuk bersaing dan undi rakyat dapat dikira dengan adil. Buktinya BN gagal mempertahankan 2/3 kerusi di Parlimen dan kehilangan 5 buah negeri dalam PRU 12 kerana sokongan rakyat kepada BN ketika itu menurun.

Jika ‘pengadil’ terlalu teruk pastinya pembangkang tidak akan menang di beberapa negeri dan menguasai banyak kerusi di dalam parlimen.

Adakah jika mereka menang barulah pengadil itu bersikap adil? Tetapi adilkah jika dikatakan keadilan itu tertegak, hanya apabila sekian-sekian parti menang dalam Pilihanraya khususnya parti pembangkang?

Jika ada isu yang boleh diselesaikan secara rundingan, lebih baik daripada membuat rusuhan - Gambar Hiasan
Jika ada isu yang boleh diselesaikan secara rundingan, lebih baik daripada membuat rusuhan – Gambar Hiasan

Negara kita adalah sebuah negara demokrasi. Pastinya ada ruang perbincangan yang terbuka luas bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit. Bagi saya isu tuntutan Piliharaya yang bersih ini boleh dibincangkan secara harmoni di antara pihak kerajaan dan pembangkang dan tidak perlulah mengumpulkan rakyat dan mencetuskan huru-hara.

Dasar Transformasi yang dipraktikkan oleh Perdana Menteri diyakini mampu membuka ruang perdamaian dan perbincangan secara harmoni. Ianya dapat dibuktikan sendiri dengan penghapusan Akta ISA, pemansuhan AUKU kepada pelajar dan pemberian bantuan seperti BR1M yang tercetus hasil daripada pungutan suara rakyat.

Bagi saya, rakyat tidak perlu terlalu beremosi sehingga menjatuhkan harga diri dengan berdemonstrasi kepada isu-isu yang mampu diselesaikan secara bersama. Lainlah jika perkara itu memang benar-benar menggugat akidah dan hak kita sebagai rakyat seperti demonstrasi Malaysan Union pada tahun 1946 bagi mempertahankan kedaulatan negara.

Bagi saya, jika tidak percaya kepada pengadil, permukaan padang dan pihak lawan, jangan turut serta dalam perlawanan yang akan dilangsungkan. Jika mahu menang, mainlah dengan baik dan apabila kalah ianya adalah adat dalam permainan.

Saya juga tidak percaya dengan cara menjatuhkan kerajaan dengan cara demonstrasi kerana kebiasannya siapa yang mengguling kerajaan dengan cara ini akhirnya akan diguling dan terguling dengan cara yang sama.

Nasib baiklah politik bukan macam perlawanan bola sepak, sebab kalau pemain main kasar, pengadil boleh bagi Kad Merah untuk keluar padang!

MENGGULING, DIGULING, AKHIRNYA TERGULING

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 12 Disember 2012.

Related Post

2 Replies to “Demonstrasi, Pengadil & Bola Sepak”

  1. Terima kasih kerana singgah di blog MMI , Tahniah kerana artikel yang cukup baik setuju dengan pandangan saudara bahawa yang mengguling sudah pastu akan terguling kemudiannya..Barangkali ramai yang tak sedar bahawa demontrasi dan menjatuhkan kerajaan melalui tindakan agresif sebegini dalam konteks negara Malaysia hanya akan mengakibatkan rakyat dan negara musnah.Sudah banyak contoh yang boleh rakyat rujuk khususnya yang berlaku di negara-negara luar kononnya suara rakyat mampu membawa kebaikan tetapi natijahnya adalah sebaliknya.Mungkin rakyat Malaysia sebahagiannya perlu belajar bagaimana untuk mengimbangkan di antara politik dan realiti kehidupan.Ini penting kerana menolak salah satu daripadanya bererti kita sedang memperjudikan bukan saja nasib negara malah segalanya.Teruskan penulisan saudara semoga usaha kita yang tidak seberapa ini mampu membuka hati dan mata mereka-mereka di luar sana.Salam Perjuangan.

  2. Terima kasih kepada saudara yang memberi respon tentang apa yang saya ingin kongsikan di sini.

    Memmang benar kata saudara, sudah banyak contoh yang kita lihat seperti Arab Spring yang dilaporkan sebagai kebangkitan rakyat menentang kerajaan yang dikatakan zalim.

    Bagi saya, apa yang berlaku di negara Arab tidaklah boleh diambil contoh di negara kita. Orang Arab kebiasaannya adalah kasar dan keras kepala, memang layaklah pemimpin mereka juga terdiri daripada pemimpin yang keras kepala dan diktator kerana sukar untuk menguruskan rakyat yang ganas jika tindakan kerajaan lembik.

    Kita di Malaysia adalah sebuah bangsa yang lemah lembut. Kita merdeka pun bukan atas cara peperangan semata-mata, malah kemerdekaan kita diperoleh secara harmoni. Baiklah kiranya jika sesuatu isu itu dibahaskan dengan sebaiknya dan selesaikan dengan cara yang harmoni. Tidak perlu menghuru-harakan sesuatu perkara kata orang sekarang “buat teruk”. Memang saya nampak demontrasi ini sekadar mahu memainkan emosi dan saya yakin masih ramai lagi rakyat Malaysia yang mahukan kedamaian dan keharmonian di Malaysia.

    Semoga Allah menyelamatkan kita daripada anasir luar yang mahu menjahanamkan negara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *