Beli Online Buku “Kafirkah Aku?”

Detail untuk cara pembelian, boleh hubungi nombor yang tertera
Detail untuk cara pembelian, boleh hubungi nombor yang tertera

Ramai yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan buku Kafirkah Aku?, karangan C.N Al-Afghani. Bagi pengetahuan semua, buku ini tidak dijual di kedai-kedai buku apatah lagi di ceramah-ceramah Pas. Sebelum ini saya juga mencari buku ini, Alhamdulillah saya sudah memilikinya dengan pembelian secara pos.

Anda juga boleh download e-book Kafirkah Aku? dengan melayari laman web ini [KLIK SINI]

Kata-kata aluan C.N Al-Afghani dalam buku tersebut :

“Dengan terbitnya buku ini, rasanya sekali lagi saya akan diserang oleh pimpinan dan ahli Pas. Pasti saya dituduh kurang ajar terhadap ulama, lawan ulama dan cuba merosakkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Suka saya menegaskan, menentang ulama sebagai pewaris Nabi, bukan cita-cita saya. Hanya sekadar mengingatkan dan menegur kepincangan yang ada. Berdosa seorang makmum yang tidak menegur imam yang batal solatnya kerana terdapat najis cicak di tapak kaki imam itu. Najis itu terlalu kecil dan berada di bawah tapak kaki, tentunya si imam tidak sedar yang dirinya bernajis. Menjadi tugas makmum yang melihat najis itu membuat teguran. Saya menulis ini bukan atas flatform mana-mana parti, tetapi atas flatform Islam”

C.N Al-Afghani sudah menulis 20 buah buku politik. Tetapi hanya 2 buku sahaja yang menegur PAS dan akhirnya beliau dipecat daripada Pas kerana menegur pimpinan Pas. Walallahua’lam.

Related Post

2 Replies to “Beli Online Buku “Kafirkah Aku?””

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *