Sejarah Nama Kuala “Selangor” – Siri 4

Kita sudah mengetahui versi sebelum ini bahawa nama asal Selangor diambil daripada Se-Langau, Salang Jemur dan Pohon Mentangau. Versi kali ini agak berbeza,

Dalam buku sejarah tempatan yang ditulis oleh orang Portugis, Belanda dan Inggeris yang pernah datang ke Tanah Melayu, menulis dalam bahasa Latin. Nama ini kemudiannya ditulis oleh Allahyarham Tuan. Hj. Buyong Bin Adil iaitu ; SALANGOR, SALENGOR, SOLONGOR, SORLONGOR, SORLANGAR, SARA HONGOR, CHALANGOR dan CHARANGUROR.

Barbosa, seorang bangsa Portugis menulis dalam tahun 1516, menyatakan SARA HANGOR (Sara Langor) iaitu berasal daripada Sarang Lang (sarang burung helang) iaitu nama sebuah kampung yang terdapat di pinggir Sungai Selangor sekarang ini.

New Bold 1839 mencadangkan dari perkataan CALLONGOR (Kalang Ur) seperti nama yang ditulis di sebuah peta di jabatan peta di British Museum, London itu adalah Selangor.

Ada pendapat yang mengatakan penduduk asal Kuala Selangor terdiri daripada orang (Melayu Jati Tua) yang disebut sebagai Melayu Proto, mereka ini tinggal di sepanjang pantai Selat Melaka. Kemungkinan juga perkataan Selangor ini dari bahasa Tamil menamakan Salang Ur yang bererti kampung Salang yakni kampung orang Salang.

Walau bagaimanapun, versi yang paling kuat mengatakan asal usul nama Kuala Selangor adalah daripada pokok Mentangau.

Walallahua’lam.

Sumber : Buku Sejarah Kuala Selangor (Dato’ Dr. Yusoff Bin Hassan)

KOLEKSI SEJARAH NAMA KUALA SELANGOR :

SIRI 1 : https://jamalrafaie.com/2013/10/sejarah-nama-kuala-selangor-siri-1/

SIRI 2 : https://jamalrafaie.com/2013/10/sejarah-nama-kuala-selangor-siri-2/

Siri 3 : https://jamalrafaie.com/2013/10/sejarah-nama-kuala-selangor-siri-3/

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 30 Oktober 2013.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *