Saya terbaca post seorang rakan, katanya pilih SATU antara DUA, hilang Melayu di dunia atau hilang Islam di jiwa?
Allah. Bagi saya itu bukan soalan untuk kita MEMILIH, kerana kita tiada pilihan. Melayu takkan hilang di dunia, selagi mana ada orang Melayu masih beranak pinak. Kita tidak boleh hilangkan keturunan bangsa kita kerana Allah ciptakan manusia berbangsa-bangsa sebagai sebuah tanda kekuasaan Allah di muka bumi.
Kalau kita nak hilangkan Melayu dalam diri kita, janganlah cakap bahasa Melayu, cakaplah bahasa Islam. Apa itu bahasa Islam? Bahasa Arab? Bahasa Arab pun adalah bahasa kepada manusia berbangsa Arab. Jadi, mengapa perlu hilangkan bangsa?
Lebih baik soalannya, mana yang anda pilih, kekalkan Islam di jiwa atau biar Islam ternoda? Kerana sekarang ada pihak (COMANGO) yang nak perjuangkan untuk orang Islam bebas menukar agama tanpa disekat perlembagaan. Seperti mana yang kita tahu, undang-undang Malaysia melindungi orang Islam daripada menukar agama dan melarang penyebaran agama lain kepada orang Islam, itu yang COMANGO nak ubah atas nama KEBEBASAN BERSUARA dan DEMOKRASI.
Melayu itu bangsa dan Islam itu agama. Mengapa kita harus memilih sedangkan kedua-duanya adalah dalam konteks berbeza dan kita ada kedua-duanya? Walaupun kita di Malaysia ini Islam, ianya sama sahaja dengan Islam di tempat lain (selain Syiah). Tetapi majoriti Islam di Malaysia adalah Melayu, jatuhnya maruah (hilang kuasa) Melayu di Malaysia, bukan mudah untuk Islam terus dipelihara.
Jangan kita anggap Islam itu hanya pada ibadah semata-mata. Lantaklah negara ini bukan Melayu (Islam) yang perintah, yang penting aku dapat cari makan dengan berceramah, adakah begitu?
Usah kelirukan orang, kalau disuruh memilih antara bangsa dan agama, bodohlah kalau tak pilih agama kerana agama adalah akidah dan “the way of life”. Bukanlah disebut PILIHAN jika disuruh memilih antara agama dan bangsa, tetapi tanggungjawab kita memartabatkannya. Islam adalah pegangan kita, manakala survival bangsa menentukan maruah kehidupan kita di sesuatu negara atau lokaliti. Apa guna hebat ilmunya tetapi negara tidak aman dihenjak si kafir harbi?
Atau sebenarnya dia nak tanya, pilih SATU antara DUA. Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu ke, atau Parti ISLAM Se-Malaysia? Soalan perangkap untuk orang terpaksa pilih PAS sebab ada nama “ISLAM” di situ, tak pilih PAS nanti orang kata tak sokong Islam pula kan? Mengarut!
Di sini pun kena diajar. Islam adalah agama, UMNO dan PAS adalah parti. Kita berbicara antara kedua-dua organisasi ini tidak lebih daripada ruang lingkup sebuah parti politik, tidak lebih suci dari itu.
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 6 Disember 2013.