Semasa saya kecil, biasa terjadi Black-Out apabila hujan lebat. Ketika itu saya menetap di rumah nenek sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Waktu gelap itu, kami terangi dengan cahaya lilin yang dibeli di kedai Atan seberang jalan. Banyaklah cerita hantu yang keluar dari mulut makcik-makcik saya. Seram wooo..
Ditambah pula dengan main bayang-bayang dekat dinding. Buatlah bentuk apa-apa pun asal dapat menghibur hati dalam kegelapan.
Biasalah ketika hujan lebat, ada sahaja atap yang bocor atau tercabut ditiup ribut. Semasa itu, orang-orang kampung semuanya keluar duit sendiri beli atap untuk diganti baru. Kata mereka ; “Ini rumah kita, kitalah yang bertanggungjawab membetulkannya”. Mereka kata begitu walaupun mereka tidaklah terlalu senang.
Kini, orang yang senang atau susah pun dah pandai demand. Atap bocor sikit pergi cari YB. Sudahlah diberi atap yang baru, diminta pula dipasangkan lagi. Tukang Rumah tak mahu dicari, terima kasih pun hanya di bibir. Siap kata ; “kalau korang tak bantu, parti lain boleh bantu aku, apa aku kisah sekarang kan?”.
Itulah masyarakat kita, terlalu dimanja sebegitu rupa.
Apabila AKAR UMBI dah minta itu ini, inilah sebabnya amalan DEMAND membiak berumbi. Kerana undi, terpaksa dituruti. Apa boleh buat kan?
Ini kisah di kala hujan ribut. Sewaktu ribut membadai kita takut, tapi bila dah habis ribut LAGI KITA TAKUT!!
Sebab orang kita dah ramai berhati KAPITALIS.
————-
Jamal Rafaie
27 September 2014
Kuala Selangor