Harga Barang Semakin Naik, Tidak Kiralah Siapa Pun Jadi Kerajaan

Kenaikan harga barangan memang tak dapat nak dielak. Tak kiralah siapa pun jadi kerajaan, ianya berlaku di seluruh dunia.

Sepanjang saya hidup, tidak pernah dengar harga barang semakin lama semakin turun. Bukan sahaja kos bahan mentah, kos-kos lain seperti gaji pekerja, utilities, pengangkutan juga meningkat dan ianya turut menyumbang kepada peningkatan harga barangan.

Berkenaan makanan ruji ; populasi manusia semakin hari semakin bertambah. Cabarannya, apakah tanaman makanan ruji mencukupi untuk menampung keperluan makanan manusia (termasuk haiwan pun perlu makan)?

Negara kita banyak mengimport makanan dari negara luar. Bukan kerana tak boleh nak tanam di negara sendiri, tetapi kadang kala kos mengimport lebih murah berbanding tanam sendiri.

Apabila terjadi bencana alam dan kekacauan di negara pengeluar makanan, mereka biasanya akan mengenakan sekatan eksport ke negara luar termasuklah Malaysia bagi menampung keperluan negaranya sendiri.

Disebabkan itu, akan berlaku shortage dalam pasaran dalam negara kita. Kerana itulah terjadinya telur tak ada, beras tak ada, bawang tak ada, dan macam-macam lagilah yang tak ada.

(Tetapi bagi saya, barang ada tapi harganya naik, lebih baik berbanding ; duit ada, tapi barangnya tak ada untuk dibeli)

Bagi memastikan keperluan makanan mencukupi, ia adalah tugas berat Kementerian² berkaitan untuk menangani masalah ini.

Untuk menangani masalah ketidakmampuan untuk membeli makanan, itu adalah tanggungjawab pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan, Pusat Zakat, NGO termasuklah kita² ni dalam konsep sedekah, sumbangan, infaq dan zakat.

Apa pun, bersyukurlah kita masih ada makanan untuk dimakan. Orang bersyukur, Allah akan tambah rezeki, orang yang kufur, azab-Nya amatlah pedih.

Semoga diberi rezeki yang berpanjangan dan memperoleh keberkatan buat semua.

—-
Jamal Rafaie Jakiran
Kuala Terengganu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *