Apa pun penjelasan rasional berkenaan Rasionalisasi Subsidi, pihak PH-lah pulak perlu menanggung beban penerangan dan penjelasan.
Kami di side BN ni, nak ‘berehat’ kejap dari menjawab apa² isu.
Kerana secara faktanya, BN memang sejak dulu mempunyai dasar rasionalisasi subsidi ni, kerana kami tahu bebanan memerintah dan tanggungjawab menjadi kerajaan memerlukan dasar² yang mungkin TIDAK POPULAR perlu dibuat demi kepentingan negara.
Hadapilah ‘troll’ masyarakat terhadap kisah² lalu, kisah² “hari ni kita menang, esok harga minyak turun”. “Harga minyak patut lebih murah dari sekarang, saya tahulah saya bekas pekerja Petronas.” “Nak turunkan harga barang, perlu turunkan harga minyak”. Akan diungkit kembali.
Apa yang lebih terkilan, isu rasionalisasi subsidi ini juga menjadi satu bahan kempen ampuh pihak PH sehingga menjatuhkan kerajaan BN suatu ketika dahulu.
Selepas berbaring atas jalan raya. Kempen sana kempen sini sehinggalah Allah mentakdirkan PH menjadi kerajaan, anda terpaksa juga melaksanakan apa yang kamu bantahkan dulu. Beginilah bagaimana Tuhan mengajar dan memulangkan Paku Buah Keras kepada kamu.
Pihak PN pun jangan suka sangat nak troll orang. Pengerusi PN sendiri masa jadi PM ke-8 pun bercakap benda yang sama. Jadinya, jika takdirnya PN jadi kerajaan sekarang pun, mungkin Menteri dari PAS yang umum penarikan subsidi ini, mana kita tahu kan?
Maha Hebat perancangan Allah SWT ‘mengetuk kepala’ semua hamba-Nya.
Maka, hadapilah kehidupan dengan tenang dan gembira.
UPDATE : Tambah gambar hiasan agar penulisan lebih sampai.
—-
Jamal Rafaie Jakiran
Kuala Terengganu