24 HARI SEBELUM PRN NEGERI SEMBILAN : JIKA NAJIB KAMU KATA PENYAKAU, MAKA ANWAR ADALAH PELIWAT?

Sejak awal kempen PRN Johor, satu naratif yang paling kuat dimainkan oleh PH ialah:

“Najib sakau.”

Hujah mereka mudah ; Mahkamah sudah menjatuhkan hukuman. Maka bagi mereka, kes itu sudah selesai, Najib sakau.

Baik.

Kalau itu ukuran yang mahu digunakan, saya cuma ingin bertanya satu soalan yang sangat mudah kepada penyokong PH.

Adakah anda juga percaya Anwar Ibrahim benar-benar melakukan kesalahan liwat hanya kerana beliau pernah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah?

Saya sendiri tidak mengatakan Anwar seorang peliwat.

Kerana saya tahu sehingga hari ini, ribuan penyokong PH percaya beliau menjadi mangsa konspirasi politik.

Mereka percaya Anwar difitnah.

Mereka percaya Anwar tidak mendapat pembelaan yang adil.

Dan saya menghormati hak mereka untuk mempercayai perkara itu.

Tetapi kalau begitu ;

Mengapa sukar untuk memahami bahawa penyokong Najib juga mempunyai perasaan yang sama?

Mereka juga percaya Najib didakwa atas faktor politik.

Mereka juga percaya Najib tidak mendapat pembelaan yang adil.

Kamu tidak semestinya bersetuju.

Tetapi janganlah apabila melibatkan pemimpin sendiri, mahkamah boleh dianggap silap. Apabila melibatkan pemimpin lawan, tiba-tiba keputusan mahkamah menjadi mutlak dan tidak boleh dipersoalkan.

Bukankah itu juga satu bentuk double standard?

PH juga sering mengulang bahawa 1MDB merupakan skandal kewangan terbesar dunia.

Namun dalam masa yang sama, ramai rakyat biasa masih bertanya.

Jika benar ia sebesar yang digambarkan, mengapa naratif itu akhirnya hanya berkisar kepada seorang individu bernama Najib?

Di mana pula pihak-pihak lain yang didakwa terlibat?

Sudahkah semuanya didakwa dan diadili?

Persoalan-persoalan inilah yang menyebabkan masih ramai penyokong Najib kekal mempertahankan beliau.

Sebab itu, selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri, lahirlah fenomena Bossku.

Ironinya, ramai yang tidak begitu menyukai Najib ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Tetapi selepas beliau jatuh, mereka mula melihat sisi dirinya yang lebih dekat dengan rakyat.

Orang mula mengimbau kembali zaman ketika pelbagai bantuan diperkenalkan.

Subsidi lebih banyak dirasai. Kos sara hidup dianggap lebih terkawal. Pelbagai projek pembangunan dilaksanakan yang hari ini dirasmikan pula oleh Anwar macam seolah-olah Anwar yang buat semua itu.

Sebab itu tular satu temu bual dengan seorang rakyat biasa yang ditanya:

“Kalau Najib benar ambil RM2 bilion, boleh terima?”

Jawapannya cukup ringkas.

“Kalau dia bersalah, itu antara dia dengan Tuhan. Tetapi hubungan dia dengan rakyat, kami sangat hargai.”

Itulah hakikat politik.

Kadang-kadang rakyat tidak mengundi berdasarkan slogan.

Mereka mengundi berdasarkan pengalaman hidup yang mereka sendiri rasai.

Hari ini PH masih sibuk mengulang perkataan “sakau”.

Tetapi dalam masa yang sama, rakyat pula berhadapan dengan pengurangan subsidi, cukai baharu, kos sara hidup yang semakin meningkat dan pelbagai tekanan ekonomi.

Lebih menyakitkan hati rakyat apabila pemimpin yang sebelum ini mendakwa merekalah paling bersih, paling berjimat dan paling telus, akhirnya turut dikaitkan dengan pelbagai kontroversi serta dakwaan rasuah.

Maka tidak hairanlah apabila rakyat mula bertanya:

“Dulu kamu kata hendak selamatkan negara daripada rasuah. Hari ini apa bezanya?”

Akhir sekali, saya juga tersenyum apabila PH berkempen mengatakan bahawa jika BN menang, Najib akan dibebaskan.

Seolah-olah itu satu dosa besar.

Sedangkan sejarah menunjukkan, ketika Anwar dipenjarakan dahulu, penyokong PH sendiri memasang papan tanda kiraan hari menuju pembebasan beliau.

Mereka menjadikan pembebasan Anwar sebagai satu perjuangan politik yang terbuka.

Bezanya, hari ini BN tidak pernah meletakkan pembebasan Najib sebagai manifesto rasmi pilihan raya.

Jadi persoalannya…

Mengapa apabila penyokong PH memperjuangkan pembebasan Anwar, ia dianggap perjuangan menegakkan keadilan.

Tetapi apabila penyokong Najib mengharapkan beliau mendapat keadilan, ia terus dilabel sebagai mempertahankan seorang penyamun?

Bukankah rakyat berhak melihat kedua-dua situasi ini dengan ukuran yang sama?

Kerana akhirnya, keadilan bukan hanya tentang siapa yang kita sokong.

Tetapi juga tentang keberanian kita menggunakan prinsip yang sama, walaupun terhadap pemimpin yang kita tidak sukai.

Jamal Rafaie Jakiran
Kuala Terengganu
Asal Kuala Selangor

Related Post