21 HARI SEBELUM PRN NEGERI SEMBILAN : BN DAH MENANG BESAR, ANWAR TETAP PM

Setakat masa saya menulis ini, BN telah melangkaui rekod kemenangan 40 kerusi dalam PRN Johor 2022 yang lalu.

Jangkaan dan ramalan daripada badan-badan survey hanya meramalkan BN dapat memenangi maksimum sekitar 40 ke 42 kerusi sahaja. Tetapi bekas pemimpin DAP, Ong Kian Ming yang berkata BN menang 53 kerusi itu agak kurang realistik.

Peratusan keluar mengundi adalah yang sering diperkatakan selama ini. Pihak PH sering menyebut jika peratusan keluar mengundi itu tinggi, jalan raya sesak disebabkan pengundi luar pulang mengundi, adalah pentanda yang baik kepada mereka.

Tetapi sebaliknya berlaku, peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi dari PRN sebelumnya, rupa-rupanya mereka ramai-ramai mengundi BN, bukannya mengundi PH. Termasuklah undi tentera & polis, undi anak muda, semua BN dapat dengan majoriti besar.

Walaupun DAP tidak kalah semua kerusinya seperti di PRN Sabah, tetapi sedikit sebanyak separuh kerusi mereka telah ditawan oleh BN menerusi parti komponen MCA dan MIC.

PN pula, memang dijangka tidak akan memenangi sebarang kerusi kerana faktor perpecahan dalaman walaupun mereka bertanding 33 kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan kalau menang semua. Kempen PN sudah tidak lagi seksi di media sosial berbanding PRU 2022 kerana Tidak Lagi BEST. PN khususnya Bersatu, terkubur terus di Bukit Kepong di negeri Presidennya sendiri.

Parti BERSAMA pula memang berkata mereka takkan menang, maklumlah penyertaan mereka di Johor ini adalah pilihanraya pertama bagi mereka. Saya kurang pasti apakah mereka hilang deposit tetapi jika kita tengok dari dapatan undi mereka, ribu-ribu juga. Sedikit sebanyak, kehadiran mereka memecahkan undi PH di sesetengah kawasan.

Parti MUDA bagi saya, elok mereka bubar sajalah parti mereka itu. Parti MUDA ini orang hanya kenal dengan Syed Saddiq saja, pemimpin yang lain kurang dikenali dan kurang mengancam dari segi penampilan berbanding Syed Saddiq yang digilai ramai pengundi muda terutamanya wanita. Jika diperhatikan pun, Syed Saddiq seolah-olah tidak lagi berminat nak berkempen untuk MUDA apatah lagi beliau bukanlah Presiden kepada parti itu lagi. Eloklah ahli-ahlinya membubarkan parti dan terpulanglah nak menyertai mana-mana parti lain yang lebih established.

Dengan kehadiran PMX yang menengking-nengking dalam ucapan kempennya. Dengan ancaman Nga Kor Ming untuk letak jawatan kalau BN menang besar. Dengan PH bawa isu Najib dan Rosmah dalam kempen. Dengan Shamsul Iskandar buat video merapu, telah ‘menalkinkan’ PH di Johor.

Walau bagaimanapun, Anwar sudah ingatkan kita, kalah atau menang PH di Johor, beliau tetap Perdana Menteri. Tetapi kena duduk sebelah Zahid juga. Memanglah beliau tetap Perdana Menteri, tetapi sampai bila, itu kita tak tahu. BN perlu kekal dalam Kerajaan Perpaduan sampai habis penggal.

Syukur kepada Allah, dan Yang Maha Berkuasa inilah yang memenangkan dan mengalahkan sesiapa yang Dia kehendaki.

Sejujurnya saya tidak berpeluang untuk berkempen di lapangan, hanya berkempen di alam maya untuk BN. Saya percaya, kempen di media sosial juga tidak kurang pentingnya.

Minggu depan, penamaan calon PRN Negeri Sembilan pula. Bagaimanakah gerak kerja setiap parti-parti yang ada? Saya pasti di Negeri Sembilan ini, strategi mungkin sedikit berbeza. Kita tunggu dan lihat.

Tinggal 21 hari pula bagi pengundi di Negeri Sembilan membuat keputusan.

Kepada Allah kita berserah dan bersyukur. Tahniah BN! Terima kasih Bangsa Johor!

—-
Jamal Rafaie Jakiran
Kuala Terengganu
Asal Kuala Selangor

Related Post