25 HARI SEBELUM PRN NEGERI SEMBILAN : PENGUNDI CINA MENGUBAH PILIHAN?

Secara umum, saya melihat corak pengundian masyarakat Cina agak berbeza berbanding masyarakat lain.

Mereka kebiasaannya lebih objektif dalam membuat keputusan politik.

Mereka juga lebih cenderung menilai prestasi kerajaan berdasarkan faktor ekonomi, peluang perniagaan, kestabilan dasar dan keyakinan terhadap masa depan.

Sebab itu kita dapat melihat, apabila sesebuah kerajaan tidak lagi memenuhi harapan mereka, mereka juga tidak teragak-agak untuk mengubah sokongan.

Dalam konteks hari ini, kerajaan yang sedang dinilai ialah Kerajaan Persekutuan yang turut disertai oleh PH.

Saya tidak mengatakan pengundi Cina sudah meninggalkan PH. Pada pandangan saya, majoriti mereka masih cenderung menyokong PH.

Tetapi persoalannya ialah ; Adakah akan berlaku sedikit perubahan?

Menariknya, pemerhatian itu bukan datang daripada BN.

Malah ia mula diperkatakan oleh pemimpin dan pemerhati yang rapat dengan PH sendiri.

Sahabat FB saya, Megat Hisemudin Megat Kasim, yang mengikuti laporan akhbar-akhbar Cina sepanjang kempen PRN Johor, berkongsi beberapa pemerhatian yang menarik.

Menurut beliau, Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily yang turun sendiri ke pekan-pekan dan kampung di Johor melihat suasana kali ini agak berbeza.

Ceramah DAP tidak lagi semeriah pilihan raya sebelum ini.

Dalam masa yang sama, prestasi MCA pula dilihat lebih positif walaupun arah sokongan pengundi Cina masih belum begitu jelas.

Daripada Oriental Daily pula, Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching, mengakui BN lebih berjaya menarik kehadiran orang ramai ke ceramah mereka, manakala PH masih mencari rentak baharu bagi baki tempoh berkempen.

Lebih menarik lagi apabila bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, sendiri mengakui wujud sentimen anti-PH dalam kalangan sebahagian pengundi bukan Melayu.

Beliau turut berpandangan bahawa BN mempunyai naratif kempen yang lebih jelas berbanding PH, termasuk menampilkan kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sebagai wajah utama kempen.

Semua ini masih belum membuktikan bahawa pengundi Cina sudah beralih arah.

Tetapi ia memberi isyarat bahawa mungkin sedang berlaku sedikit perubahan dalam corak sokongan mereka.

Kita juga pernah melihat perubahan seperti ini berlaku di Sabah apabila DAP gagal memenangi sebarang kerusi.

Sudah tentu Johor dan Sabah mempunyai landskap politik yang berbeza.

Namun ia membuktikan bahawa sokongan pengundi tidak pernah kekal selama-lamanya.

Akhirnya…

Semua ini hanyalah pemerhatian, analisis dan ramalan.

Yang menentukan keputusan sebenar bukan penganalisis politik.

Bukan akhbar. Bukan media sosial.

Tetapi rakyat di peti undi.

Hari Sabtu nanti, kita akan mendapat jawapannya.

Adakah pengundi Cina masih memberikan sokongan yang sama kepada PH?

Atau akan berlaku sedikit perubahan yang mungkin menjadi isyarat kepada landskap politik Malaysia pada masa hadapan?

Kita tunggu keputusan rakyat.

—-
Jamal Rafaie Jakiran
Kuala Terengganu
Asal Kuala Selangor

Related Post