ARTIKEL YANG KEEMPAT DI ILUVISLAM!

“Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamulaikum wbt.

Alhamdulillah. Sebuah artikel yang dihantar oleh anda telah diterbitkan di ruangan artikel iLuvislam.com pada 4 Julai 2010 (Ahad).”

.

Saya menerima email di atas sebentar tadi (4/7/2010) daripada Team artikel iLuvislam.Com. Alhamdulilah.. Kesemua artikel yang saya hantar kepada Team artikel iLuvIslam telah selamat diterbitkan di ruangan artikel laman web tersebut.

Artikel-artikel itu adalah “Siapa Lebih Hebat“, “Secangkir Teh Pengubat Letih“, “What Is Your Name Sir?” dan yang terbaru “Anda Akan Didakwah!“. Kesemua artikel itu telah disiarkan di dalam blog ini sebagai karya asal saya.

Untuk membaca artikel asal yang disiar di blog ini (tanpa diedit), boleh klik pada link di bawah :

BAGAIMANA MENGHANTAR ARTIKEL KE ILUVISLAM?

Ada kenalan yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menghantar artikel kepada Team Artikel iluvislam. Jawapannya mudah sahaja, cuma ikut langkah-langkah yang disyaratkan, iaitu:

(Diambil dari syarat hantar artikel iLuvIslam)

Terima kasih kerana ingin berkongsi artikel bersama komuniti iLuvislam.com. Semoga usaha anda diberkati Allah SWT.

Anda boleh emailkan artikel yang ingin dihantar kepada email di bawah :

Email anda hendaklah didahului dengan maklumat-maklumat berikut :

1. Nama Penuh :
2. Nickname di iLuvislam.com :
3. No. Kad Pengenalan :
4. No. Telefon :
5. Sumber Artikel* :

Artikel yang dihantar tidak akan diproses jika maklumat di atas tidak disertakan bersama.

* Jika artikel adalah hasil karya anda sendiri, sila tulis ‘karangan sendiri’. Jika artikel diambil dari sumber lain, sila nyatakan sumber dengan jelas dan jujur.

Sila letakkan tajuk artikel anda dalam tajuk email yang anda hantarkan kepada kami.

Jika anda ingin sertakan gambar dalam artikel, sila ‘attach’kan gambar tersebut.

Jika anda ingin meletakkan video dalam artikel, sila sertakan link Youtube(atau medium video lain) video tersebut.

Kami sangat menggalakkan perkongsian artikel yang anda tulis sendiri. Setiap bulan, artikel yang ditulis sendiri oleh ahli iluvislam.com (bukan artikel yang di’copy paste’ dari sumber lain) layak untuk menyertai Pertandingan Bulanan ATM (Artikel Terbaik & Mantap) secara automatik jika artikel anda diterbitkan pada bulan tersebut. Seorang pemenang akan dipilih setiap bulan bermula pada bulan Jun 2010 untuk menerima hadiah wang tunai RM 100 dan langganan majalah percuma dari Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Sekiranya anda menghantar artikel kepada kami, ia bermakna anda bersetuju dengan ‘terms & conditions’ pihak iLuvislam.com; iaitu :

1. Artikel tersebut bukan hak milik atau ‘copyright’ individu/organisasi lain.
2. Artikel tersebut menjadi hak milik iLuvislam.com setelah diterbitkan.
3. Editor iLuvislam.com berhak menyunting artikel anda sesuai dengan garis panduan ‘editing’ iLuvislam.com.
4. Artikel yang dihantar tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti isu perbezaan jemaah, perbalahan politik atau perkauman.
5. Gaya bahasa dan tatabahasa yang digunakan dalam artikel adalah betul. Contohnya, tidak menggunakan perkataan singkatan.

Terima kasih.

Together WE make history for our ummah!

LuvEverybody. HateNobody.

.

Saya berpendapat bahawa petikan di atas sudah menjelaskan cara-cara untuk menghantar artikel kepada iLuvIslam. Mereka juga mengadakan pertandingan artikel terbaik (karya sendiri) pada setiap bulan. Apa tunggu lagi! Kepada yang berminat, sila-silalah menghantar karya anda ke sana ya. Sama-sama kita memeriahkan bidang penulisan bercorak Islamik di alam maya ini. Insya-Allah..

NOTA : Terima kasih sekali lagi kepada Team Artikel iLuvIslam kerana sudi menerbitkan penulisan saya. Walaupun artikel ini kerdil (banyak lagi artikel yang superb di sana), ia memberi semangat kepada saya. Syukur Ya Allah memberi ilham untuk menulis. Alhamdulillah..

TERIMA KASIH!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Related Post

14 Replies to “ARTIKEL YANG KEEMPAT DI ILUVISLAM!”

  1. salam wbt.

    Jazakallah atas sokongan saudara kepada iLuvislam.com…terima kasih kembali daripada pihak kami dan teruskan penulisan anda, moga Allah redha.

    Nasihat bersama agar pronounce web iLuvislam.com is iLuvislam itu lebih baik daripada menyebut ILI…moga dengan menyebut iLuvislam…ianya bagaikan 1 doa agar kita terus menyintai Islam

    mohon maaf salah silap. tQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *