Meronda kampung di suatu petang
.
Kehidupan di semester terakhir sewaktu belajar UiTM Penang adalah kenangan yang tak dapat dilupakan.
Setelah 5 semester menjadi penghuni di Kolej Zamrud, akhirnya pada semester terakhir saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyewa di luar kampus. Ketika itulah, saya baru merasai erti kehidupan bersama masyarakat sekeliling yang mana terdapatnya seribu onak dan duri.
Namun, kehidupan bersama masyarakat di Permatang Pauh dan 3 tahun di UiTM Penang sudah beberapa bulan ditinggalkan. Memori yang tidak dapat dilupakan kerana mengajar erti kedewasaan.
3 tahun yang berlalu pergi meninggalkan diri..
MENEROKA BUMI YANG BARU
“Ya Allah.. Selamat ke kita naik bas ni?”, Zurin bertanya kepada semua.
Bas yang membawa kami ke Kubang Semang dibawa dengan rakusnya. Kami yang pertama kali menaiki bas seperti itu berasa tidak tenang, penumpang yang lain biasa sahaja keadaannya, mungkin sudah lali dengan situasi bas seperti itu.
.
Menaiki bas ke Kubang Semang
.
Perjalanan ke rumah sahabat sekelas (jamuan raya) menjadi pengalaman pertama bagi yang tidak pernah meneroka bumi daratan Pulau Pinang khususnya di kampung-kampung. Begitulah keadaan di sana sehingga Bas Rapid Penang diperkenalkan, semuanya menjadi mudah.
****
“Anakanda nak pergi mana? Bolehlah Ayahanda hantarkan”, seorang pemandu prebet sapu menawarkan perkhidmatan ke mana-mana lokasi yang mahu ditujui. (AYAHANDA, gelaran yang digunakan oleh seorang pemandu prebet di kalangan penumpangnya)
Dengan menggunakan khidmat prebet, saya dan rakan-rakan melawat tempat-tempat yang menarik di Pulau Pinang pada waktu terluang. Memang seronok sampai berhimpit-himpit dalam kereta semata-mata hendak menjimatkan kos!
BERSAMA BIDANG MEKANIKAL
STATICS, DYNAMIC, STRENGTH OF MATERIALS, THERMODYNAMIC, DESIGN OF MANUFACTURE, OPERATION OF MANAGEMENT.
Pelajar-pelajar Mekanikal pastinya tidak akan melupakan subjek-subjek di atas. Ada yang lulus dengan cemerlang dan ada yang tersangkut mengambil mata pelajaran itu!
Itulah lumrah menuntut ilmu.
.
Dalam bengkel mekanikal – projek semester 2
.
Bergambar sebelum balik beraya pada tahun 2007 – kurus!
.
Terima kasih kepada para pensyarah yang bersungguh-sungguh mengajar kami tentang ilmu kejuruteraan. Maafkan kami jika ada kenakalan dan kesalahan sepanjang menuntut ilmu di sana.
PKI DAN FAR-E-ZEEN
Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang dan kumpulan nasyid Far-E-ZeeN adalah satu kenangan yang berharga. Melalui persatuan inilah saya mempelajari selok-belok bagaimana menguruskan sesebuah organisasi.
Kena marah, maki dan melayan karenah birokrasi sudah sebati sewaktu mula-mula hendak menubuhkan PKI. Tetapi kenangannya sungguh berharga.
.
Bersama Far-E-ZeeN di UiTM Puncak Alam
.
Sewaktu sesi latihan sempena pertandingan nasyid di UUM
.
Perihal PKI dan Far-E-ZeeN telah banyak saya tulis di dalam blog ini. Antaranya pertandingan di UiTM Puncak Alam dan tulisan saya di blog PKI sendiri. Silakan meninjau ke sana ya..
Alhamdulillah. Persatuan ini telah menjadi persatuan terbaik dalam kategori Kesenian Dan Kebudayaan pada 30 Julai 2010.
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ ZAMRUD
Saya juga mula melibatkan diri di dalam Jawantankuasa Perwakilan Kolej Zamrud semenjak 2007 lagi. Jawatan pada tahun 2007 adalah sebagai Sekretariat dan mula berkhidmat selaku Exco pada tahun 2009.
.
Bersama JPA, Sekretariat dan Staf Kolej Zamrud semasa Roadshow JPK
.
Perjalanan pengalaman JPK ini pernah saya tulis dalam artikel Perwakilan atau Diwakilkan? tahun lalu (2009). Terima kasih rakan-rakan JPK dan staf-staf Kolej Zamrud di sepanjang perkhidmatan kita.
Itulah serba sedikit kenangan sepanjang 3 tahun dahulu.
Kini..
KONVO PENUTUP KENANGAN DIPLOMA
Para Graduan menunggu giliran untuk mengambil sijil Degree dan Diploma masing-masing. Bagi pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, gilirannya adalah di bahagian 4 sesi Konvokesyen pada petang itu (4 Disember 2010). Sekitar nombor 700 ke 900. Memang kebas menunggu!
Alhamdulillah. Setelah 3 tahun di UiTM Penang, diploma Kejuruteraan Mekanikal saya telah selamat ditauliahkan. Perjalanan di peringkat diploma masih di tahap awal sebelum melangkah di peringat yang lebih jauh.
Bersama Bapak dan Mama selepas Konvo
.
Bergambar kenangan bersama keluarga
.
Konvokesyen ini telah menutup perjuangan di peringkat diploma tetapi telah mewujudkan perjuangan yang baru.
Kerana setiap pengakhiran adalah satu permulaaan.
Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang telah selamat menamatkan pelajaran di peringkat Diploma dahulu. Teruskan perjuangan untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara!
NOTA : Saya masih belum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan perancangannya pada tahun 2011. Insya-Allah.. Doakan saya..
3 TAHUN YANG BERLALU PERGI!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.
tahniah jamal.semoga jamal berjaya didunia dan akhirat.dan hidup didalam rahmat Allah…
Dulu cam tak makan.sekarang dah terlebih makan ye…
Selamat maju jaya..
Tingkatkan Iman, Ilmu dan Amal…
yeah..di penang memang banyak pengalaman..moga ada manfaatnya di masa depan…
ayahanda ade lagi ke tak agaknye..huhu
wahh.. da grad dr penang ye??
so, welcome to shah alam la kot.. 🙂
dulu, wardah dtg belaja kt kg awak, skrg, mse awk plak dtg blaja kt tmpt wardah.. 🙂
gud luck n all da best!! 🙂
Terima kasih… Moga ALLAH merahmati kamu.. Insya-Allah..
Bahagiakan.. Ada orang jaga.. hehe..
Ayahanda aku pun tak tau ada ke tak.. haha.. Dah lama tak dengor cite..
Insya-Allah ke Shah Alam, tapi mungkin dalam course yang lain.. ^_^
intan tu makcik lah jamal.wah dah tak kenal ya…hahaha
hehe..smoga berjaya jamal,dan teruskan perjuangan,
Sori.. Kawan saya ramai nama Intan.. Hehe..
Terima kasih.. Di UTP macam mana?
Tahniah, dah grad di UiTM Penang. Tak sambung ke Shah Alam ke?
Semoga setiap perjalanan hidup Jamal dipermudahkan Allah. Semoga ilmu dan pengalaman di PP menjadi panduan untuk meneruskan kehidupan di masa akan datang. Sayu melihat anak-anak murid sudah melangkah seorang demi seorang mengejar cita-cita masing, semoga tidak lupa pada kami di sini ya 😀
Insya-Allah akan sambung tahun depan.. ^_^
Saya sentiasa ingat guru-guru yang mengajar saya.. Kalau jumpa saya akan tegur, insya-Allah.. Terima kasih puan kerana doakan dan mengajar saya..
hahha,.teringat naik bas kat Uitm penang..memang berlubang lantai dia,.pastu penuh dgn warga asing,.cm duk kat Jakarta..
time petang joging kat sawah,..kuliyah pon mengadap sawah,..best la,.
Teringat kenangan di Penang dulu.. Memang seronok..!
saya baca yang awak pernah ke uitm penang..
dekat sana macam mana perautan die?strict tak?
senang tak nak beli barangan harian?
hmm, n girls kt sana ada yang warnakan rambut tak?
Semua tempat ada peraturan.. Cuma kita yang kena disiplinkan diri kita bila kat sesuatu tempat.. Kalau kita berdisiplin, tak perlu rasa takut kan?
Perempuan kat sana biasa2 saja.. ada yang menutp aurat ada yang tak.. Warnakan rambut rasanya tak de, sebab pak gad akan saman.. Lagi pun warnakan rambut ikut barat memang tak boleh ikut Islam..
Akan jadi pelajar UiTM Penang ke? Selamat belajar ya.. ^_^
wahh.UiTMPP jugak ye.hehe
Ya.. Tahun 2007 sampai 2010.. Alhamdulillah.. ^_^