SEKILAS UNICnya RAMADHAN 3

20 dan 21 Ogos 2011 yang lalu, Famili UNIC dengan kerjasama UNIC Nasyeed & Training Consultants telah mengadakan satu program yang diberi nama Kem UNICnya RAMADHAN 3.

Kem ini adalah rentetan daripada Kem UNICnya Ramadhan 1 dan 2. Cuma pada kali ini Famili UNIC telah menambahbaik program ini dengan aktiviti-aktiviti yang lebih bermakna dan berkualiti.

Jika dahulu, para peserta hanya menghadiri program berbuka puasa bersama UNIC dan slot In-Person dalam program yang dilangsungkan tak sampai 24 jam. Kem UNICnya Ramadhan 3 ditambah dengan slot Bengkel Al-Fatihah bersama Ustaz Fakhrul Radhi UNIC, Modul Potensi Diri, Modul Bunyi Sungai, Solat Terawih berjemaah dan BBQ Bersama UNIC di tepi sungai.

SESI PENDAFTARAN

Program bermula pada pukul 9.00 pagi di mana para peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang berkumpul untuk mendaftar. Suasana cukup meriah dan terpancar keceriaan di kalangan para peserta!

Banner dan dewan Seri Mewah yang digunakan semasa program

Peserta juga dibekalkan dengan sijil, tag nama dan fail aktiviti yang mengandungi modul-modul di sepanjang program ini.

Sesi pendaftaran berjalan dengan lancar. Alhamdulillah

UNIC juga menjemput 10 orang anak yatim daripada Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah. Terima kasih kepada para penyumbang derma untuk anak-anak yatim tersebut. Tahniah!

ICE BREAKING MEMECAHKAN AIS

Aktiviti pertama dalam program ini ialah sesi Ice-Breaking ataupun sesi perkenalan sesama peserta dan urusetia. Para peserta yang menyertai kem ini kebanyakkannya berumur 10-15 tahun. Lebih 20-an pun ramai juga yang hadir!

Gelagat para peserta dalam sesi Ice-Breaking

Pada petang itu, slot Bengkel Al-Fatihah pula dijalankan oleh Saudara Fakhrul Radhi UNIC. Bengkel ini khas untuk membetulkan bacaan dan kesalahan-kesalahan biasa yang dilakukan semasa membaca Al-Fatihah. Memang berilmu!

Di antara pengisian program adalah tazkirah Ramadhan

BUNYI SUNGAI YANG MANTAP!

Salah satu aktiviti yang menarik di dalam kem ini adalah para peserta akan bersantai di sungai bersama Fadzli UNIC. Proses releksasi akan dilakukan bagi memberi kesan kepada jiwa ditambah pula dengan bunyi sungai yang semulajadi. Allahu Akbar!

Releksasi dalam sungai, memang mendamaikan!

Selepas modul ini, para peserta bersiap sedia untuk berbuka di dewan makan. Ditakdirkan petang itu hujan turun dengan lebatnya, namun semangat untuk berprogram tidak luntur dari diri semua yang terlibat.

BBQ SANTAI BERSAMA UNIC

Selepas berterawih secara berjemaah, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua dan inilah acara kemuncak bagi program ini. Bersantai di tepi sungai bersama UNIC sambil menikmati juadah BBQ yang disediakan oleh kami!

Bakar! Bakar!
Juadah yang menyelerakan. Ermmm..
Makan sambil berhibur dengan UNIC
Peserta juga boleh berkaraoke ok?

SESI PENUTUP (HARI KEDUA)

Alhamdulillah, di hari yang kedua. Semua mengikuti modul “Motivasi Anak Soleh” dan acara penutup. Acara penutup ini juga dihadiri oleh team TV AlHijrah yang datang membuat liputan.

Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim turut diberikan pada hari ini. Para peserta juga menerima sijil penghargaan daripada UNIC Nasyeed & Training Consultants.

Majlis Penutup dan Liputan dari TV Al-Hijrah

Sekalung penghargaan kepada semua urusetia, para penyumbang derma, TV Al-Hijrah yang sudi membuat liputan untuk program ini, para peserta dan pihak pengurusan Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Juga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Semoga usaha murni dapat diperkembangkan lagi pada masa hadapan bagi membentuk masyarakat muda yang berahklak mulia dan bercita-cita tinggi. Insya-Allah.

NOTA : UNIC bercadang nak anjurkan kembara. Ada cadangan?

UNICnya RAMADHAN 3 SATU MEMORI.. MASYA-ALLAH

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
61800 Batu Caves, 2011.

Related Post

4 Replies to “SEKILAS UNICnya RAMADHAN 3”

  1. Tahniah juga kepada KTI.. Moga usaha kita ini mendapat bantuan daripada Allah dan memartabatkan Islam di tanah air ini dengan industri nasyid.. Ameen.. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *