PERGINYA SEORANG SAHABAT YANG DIRINDUI

SYUKOR TAUFIQ bersandar di dinding, kiri sekali

Saya begitu terkejut apabila mendapat tahu seorang daripada sahabat saya yang bernama Syukor Taufiq (sahabat di sekolah menengah) telah kembali ke Rahmatullah pada 28 Januari 2012.

Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH juga kita akan kembali.

Pemergiannya akibat lemas sewaktu mandi di sebatang sungai di Kuala Kubu Baru selepas menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi sahabat saya, Ramzul Ehsan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang Soleh. Amin Ya Rabbal A’lamin.

TAHNIAH RAMZUL SUDAH BERGELAR SUAMI ORANG

Ramzul Ehsan (kanan sekali) selamat diijabkabulkan sebagai suami orang

Tahniah kepada sahabat saya, Ramzul Ehsan. Di atas pernikahannya pada 28 Januari 2012 yang lalu. Semoga berbahagia hingga ke syurga bersama pasangannya dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

NOTA : MENGINGATKANKU DENGAN KEMATIAN

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
68100 Batu Caves, 2012.

Related Post

6 Replies to “PERGINYA SEORANG SAHABAT YANG DIRINDUI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *