UMNO & PAS : AKIDAH KITA ADALAH SAMA

Kredit : Hairee Huzainee

Mungkin nukilan ini tidak disenangi oleh sesetengah pihak kerana nukilan ini menyeru kepada perpaduan. Maklumlah fenomena ‘bendera’ lain-lain menyebabkan kita ini berpecah dan bermasam muka.

Saya harap para pembaca dapat berlapang dada dengan nukilan ini.

Saya baru sahaja mengikuti Kursus Pemantapan Jati Diri di Kuala Selangor. Pengisiannya cukup mantap dan berkisar tentang pentingnya perpaduan dalam memperjuangkan agama dan bangsa.

Alhamdulillah, saya mendapat ilmu yang baru di dalam kursus ini terutamanya tentang isu-isu semasa dan meningkatkan jati diri saya sebagai seorang Islam dan berbangsa Melayu.

Satu perkara yang menarik perhatian saya di dalam kursus ini adalah tentang apa yang diucapkan oleh pengerusi program tersebut. Satu ayat yang baik bagi saya untuk membentuk perpaduan sesama Islam.

“Tuhan aku adalah Allah, Tuhan kamu juga adalah Allah. Kamu ada hujah kamu, aku juga ada hujah aku. Apa guna kita bergaduh dan marilah bersatu kerana akidah kita adalah sama. Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan kembali. Sayangilah saudara-saudara kita dari PAS kerana mereka adalah seagama dengan kita, mungkin mereka tidak mahu bersatu tetapi sekurang-kurangnya kita sudah mencetuskannya”

Subhanallah. Saya amat tertarik dengan kenyataan ini. Bagi saya ini bukan ayat-ayat politik tetapi lahir daripada hati yang bersih. Saya berdoa agar perpaduan itu menjadi kenyataan satu hari nanti. Amin Ya Rabbal A’lamin.

PRU 12 ADALAH UJIAN DARI ALLAH

Selepas Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2008, landskap politik tanah air sudah berubah dengan hebatnya.

Bermula dengan terjadinya Pilihanraya Kecil yang bersilih ganti. Datang pula isu kalimah Allah yang hendak digunakan oleh pihak gereja untuk menyampaikan dakyah mereka, seterusnya isu Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) yang diboikot oleh PAS sedangkan ianya memperjuangkan isu akidah umat Islam dan yang terbaru isu pemecatan Dr. Hassan Ali dari PAS.

Saya sering memerhatikan pergerakan politik tanah air terutamanya berkenaan dengan isu agama. Namun saya menjadi hampa dengan isu ini.

Walaupun isu ini adalah isu agama dan akidah, tetapi persefahaman masih lagi tidak dapat dijalinkan dan pastinya akan berselisih faham dan bergaduh sesama sendiri!

Saya berasa pelik dan seolah-olah ahli politik kedua-dua parti tidak mahu ada persamaan pendapat dalam satu-satu isu. Akhirnya orang awam yang menjadi mangsa politik dan bangsa lain bersorak gembira melihat perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.

Ini adalah ujian dari Allah untuk melihat hamba-hamba-Nya bersatu. Ujian bagi siapa ya? UMNO atau PAS? Hanya Tuhan Yang Tahu. Isu demi isu muncul, bilakah kita akan bersatu?

POLITIK KOTOR WARNAI POLITIK KITA

Saya tidak suka kaedah menggunakan kata-kata kesat dan tunjuk perasaan (melainkan benar-benar perlu).

Jika kita lihat sekarang, politik sudah menjadi kotor sehinggakan ada ustaz-ustaz yang berserban dan belajar dalam bidang agama pun sudah pandai mengutuk dan berkata-kata kesat, sedangkan mereka tidak tahu pun apa yang disebutkan itu benar atau pun salah.

Politik seperti ini hanya merosakkan perjuangan dan akhirnya politik akan mengikut kehendak hati, marah, benci dan ketaksuban kepada parti. Jangan sampai parti melebihi agama dan yang haram dihalalkan semata-mata ingin memenuhi selera politik masing-masing.

Politik seperti ini adalah merbahaya!

Oleh itu, gunalah kaedah yang hikmah dalam menyampaikan sesuatu perkara. Jika ingin menegur kesalahan sesetengah pihak, tidak perlu terpekik terlolong sedangkan orang yang dikutuk itu tidak mendengar pun apa yang ditegur oleh kita.

Akhir kata, bangsa Melayu berpecah kerana politik. Sudahlah berpecah dalam politik, berpecah pula dalam soal ibadah (isu bidaah). Sampai bilakah kita masih berpecah?

Bukankah Islam itu agama perpaduan dan membawa rahmat? Sekarang siapa silap, agama atau orang menganut agama itu? Lu pikirlah sendiri!

PERJUANGAN “I.M.R” : ISLAM, MELAYU & RAJA MELAYU!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
68100 Batu Caves, 2012.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *