[MISTIK] : Mimpi Beruk Menunggang Basikal

Apa maksud mimpi monyet menunggang basikal? - Gambar Sumber Google
Apa maksud mimpi monyet menunggang basikal? – Gambar Sumber Google

Apa kena mengena beruk dengan kisah ini?

Kisah ini saya dengar daripada kenalan saya sendiri berdasarkan pengalamannya yang mengalami kejadian pelik:

Sudah seminggu Pak Din (bukan nama sebenar) demam. Seminggu juga beliau tidak dapat bekerja. Apabila demam sudah lama berlarutan, timbul rasa kerisauan daripada ahli keluarga dan membawa Pak Din ke Hospital Sungai Buloh.

Biasalah, demam yang sudah berlarutan lebih daripada 3 hari boleh disebabkan penyakit yang merbahaya. Malang tidak berbau, jika tidak bertindak awal buruk padahnya!

Di Hospital Sungai Buloh, Doktor melakukan pemeriksaan. Keputusan awal, tidak ada apa-apa penyakit yang dikesan melainkan demam biasa sahaja. Apa pun ianya akan bergantung kepada keputusan ujian darah yang akan dijalankan kelak.

Apa yang peliknya berlaku, sejurus sahaja Pak Din dimasukkan ke dalam Hospital Sungai Buloh, beliau sudah tidak boleh makan dan minum keesokkan harinya. Lehernya membengkak seperti terkena Tonsil yang teruk.

‘Tonsil’ yang membengkak itu menyempitkan saluran makan dan minum Pak Din. Nasib baiklah Pak Din dapat bernafas seperti biasa tanpa gangguan dan tidak pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Perkara ini berlarutan selama 5 hari. Kesannya, badan Pak Din susut kerana tidak dapat makan, secebis makanan pun tidak dapat melepasi tekak Pak Din tetapi beliau tidak pula berasa sakit. Beliau hanya diberi minum sahaja dan sedikit bubur, itupun tidak banyak yang dapat masuk ke dalam tekak.

HAMPIR DITEPIS AIR ZAM-ZAM ITU!

Seorang rakan Pak Din mengetahui beliau terlantar di Hospital. Namanya Hamid. Hamid datang bersama isterinya ke Hospital Sungai Buloh.

“Aku baru tahu kau masuk hospital, ini aku bawakan kat kau Air Zam Zam. Aku baru balik dari Umrah, ada la sikit air zam-zam ni. Kot-kot boleh lega”,kata Hamid kepada Pak Din.

“Emm.. Yelah. Kau letaklah dulu air tu kat tepi. Nanti aku minum kalau nak”, jawab Pak Din semacam mencebik.

Sebelum itu, ada beberapa kawan Pak Din yang datang menziarahinya telah memberikan air penawar (senang cerita air jampi). Keputusannya, tak lega juga malah semakin teruk.

“Entah air apa entah yang diorang bagi kat aku. Adoi”, cerita Pak Din kepada Hamid. Suara Pak Din tidak pula terjejas disebabkan ‘tonsil’ itu. Pak Din semakin pelik, leher semakin membesar, makanan tidak boleh ditelan, tetapi tidak pula berasa sakit dan suara tidak pula berubah.

Sakit apakah ini? Tanya Pak Din di dalam hati.

Sejurus sahaja Hamid beredar, Pak Din mencapai Air Zam-Zam itu. Isterinya turut membantu Pak Din minum dan menyapu Air Zam-Zam di leher Pak Din.

Apabila malam menjelma, keadaan Pak Din semakin teruk. Lehernya semakin membengkak! Pak Din yang tidak boleh menahan sabar hampir menepis Air Zam-Zam yang terletak di atas meja di sebelah katil.

“Air apa lagi yang buat aku macam ni!!?”, jerit Pak Din. Jururawat yang menyedari keadaan Pak Din datang dan memberikan ubat penenang kepada Pak Din. Pak Din sudah mula berasa sakit dan akhirnya tertidur kerana ubat yang diberikan oleh Jururawat tadi.

BERUK MENUNGGANG BASIKAL

Pak Din membuka mata. Isterinya berada di sisi dalam keadaan ceria. Pak Din berasa hairan mengapa isterinya tersenyum.

Pak Din meraba lehernya, tiada! Lehernya sudah kembali kepada sedia kala. Sakit juga sudah hilang! Doktor yang datang berasa pelik dengan keadaan itu, bagaimana ‘tonsil’ itu hilang dengan cepat?

Pemeriksaan akhir dilakukan, keputusan ujian darah juga menunjukkan tiada apa-apa penyakit dihidapi oleh Pak Din. Beliau dibenarkan pulang.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Pak Din membuka sebuah rahsia kepada isterinya. “Abang mimpi pelik malam tadi”, kata Pak Din.

“Abang mimpi beberapa ekor beruk menaiki sebuah basikal. Seekor duduk atas tempat duduk, beruk-beruk yang lain masing-masing jaga handle dan pedal basikal mengayuh basikal. Bila abang panggil beruk tu, beruk-beruk tu pandang abang dan menjerit gaya beruk. Makin laju beruk tu kayuh dan akhirnya masuk ke dalam sebuah hutan dan hilang”, cerita Pak Din dengan gaya bersemangat.

“Itu kot ‘benda’ yang dok ganggu abang kot. Berkat Air Zam-Zam, beruk-beruk tu pun lari tinggalkan abang. Haha”, jawab isteri Pak Din secara sini.

“Entahlah”, jawab Pak Din ringkas.

Walallahua’lam.

BERUK MEMANG BOLEH KAYUH BASIKAL DI SARKAS

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 21 Mei 2013.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *