Video ini adalah penjelasan kepada golongan yang mencerca Syeikhul Azhar. Saya faham golongan ini cepat gedebe dengan perkara yang menimpa Ikhwanul Muslimin di Mesir lantas terus mencerca Ulama Mesir dengan mengatakan bahawa Ulama’ tersebut menyokong perampas kuasa.
Inilah yang saya maksudkan dalam artikel saya yang bertajuk “CEPAT OBSES CEPAT GEDEBE”. Jangan kita terus marah atas satu-satu perkara dengan memaki dan mencerca. Saya khuatir golongan ini terjerumus dalam kancah perjuangan parti semata-mata dan bukannya memertahankan umat Islam secara keseluruhannya.
Apabila saya menegur pihak yang gedebe ini, bukan bermaksud saya redha dengan apa yang dilakukan oleh perampas kuasa bekas Presiden Morsi. Harap semua memahami pendirian saya.
Dulu semasa baru balik dari Mesir, golongan ini sangat memuji Syeikh Al-Azhar yang disebutkan sebagai seorang yang hebat keilmuannya. Tiba-tiba apabila tercetus pergolakan di Mesir, mereka terus mencerna Syeikh Al-Azhar yang menjadi pujian mereka sebelum ini.
Saya geleng kepala.
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 1 Ogos 2013.