26 HARI SEBELUM PRN NEGERI SEMBILAN : MANIFESTO DAH KENA TALKIN

Pada awal kempen, saya ingat Pilihan Raya Negeri Johor kali ini akan menjadi medan pertandingan idea.

PH melancarkan manifesto.

Nampak macam mahu membawa politik yang lebih intelektual.

Tetapi tidak lama kemudian, manifesto itu pula mula dipersoalkan. Ramai membandingkan kandungannya dengan dasar dan inisiatif yang sudah lama dilaksanakan kerajaan negeri Johor, sehingga timbul persepsi bahawa banyak perkara sekadar diolah semula dengan nama dan angka yang berbeza.

Selepas itu, manifesto terus tenggelam.

Naratif bertukar pula kepada isu Najib Razak.
Kemudian masuk pula sentimen perkauman.

Akhir sekali, keluarlah video “talkin” Datuk Seri Shamsul Iskandar.

Saya pun terfikir ; Manifesto dah kena talkin ke?

Daripada berbahas tentang dasar, sekarang kita sibuk berbahas tentang video.

Daripada membincangkan penyelesaian, kita berlumba-lumba menghasilkan konten bodoh.

Daripada politik intelektual, akhirnya kembali kepada politik perli-memerli.

Ironinya, video itu bukan sahaja dikritik oleh pihak lawan. Ramai juga penyokong mereka sendiri meminta supaya ia dipadamkan.

Bagi saya, pilihan raya sepatutnya menjadi pertandingan siapa yang menawarkan masa depan Johor yang lebih baik.

Bukan pertandingan siapa paling pandai menyindir. Lebih malang pula, yang menyindir tu pun terpalit dengan isu tak bermoral.

Kerana selepas rakyat selesai mengundi nanti…

Johor akan ditadbir oleh manifesto, bukannya video TikTok.

—-

Jamal Rafaie Jakiran
Kuala Terengganu
Asal Kuala Selangor

Related Post