30 HARI SEBELUM PRN NEGERI SEMBILAN : KAKI CLAIM MEMANG MACAM TU

Saya tersenyum membaca kenyataan seorang calon PH yang berkata, jika PH menang di Johor, Johor akan menjadi maju seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Ayat seperti ini memang sedap didengar.

Tetapi saya tertanya-tanya…

Siapa sebenarnya yang membangunkan Selangor dan Pulau Pinang sehingga menjadi negeri maju?

Adakah semuanya bermula selepas PH memerintah?

Atau kedua-dua negeri itu sebenarnya sudah pun menjadi antara negeri paling pesat membangun di Malaysia sejak sekian lama?

Hakikatnya, sebelum Selangor dan Pulau Pinang bertukar kerajaan pada tahun 2008, kedua-dua negeri itu sudah mempunyai asas ekonomi yang sangat kukuh.

Pelabuhan.
Lapangan terbang.
Kawasan perindustrian.
Lebuh raya.
Universiti.
Pusat kewangan.
Jaringan utiliti.

Semuanya dibangunkan secara berperingkat selama puluhan tahun oleh kerajaan BN terdahulu.

Sudah tentu pentadbiran selepas itu juga mempunyai sumbangan masing-masing.

Tetapi tidak adillah jika seluruh kejayaan itu terus di-‘claim’ seolah-olah semuanya bermula selepas mereka mengambil alih.

Inilah budaya politik yang saya kurang gemari.

Yang baik semuanya kata hasil mereka walaupun bukan mereka yang buat.

Yang bermasalah pula dikatakan diwarisi daripada kerajaan lama.

Lebih menarik apabila penganalisis politik, Dr. Mohd Yusri Ibrahim, melalui cerapan lapangan Ilham Centre setakat 4 hari berkempen, menyatakan bahawa suasana kempen PRN Johor kali ini agak “sejuk”.

Beliau juga melihat ramai pengundi masih berpuas hati dengan prestasi kerajaan negeri pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Jika pemerhatian itu tepat, ia memberi gambaran bahawa BN mempunyai peluang yang baik untuk mengekalkan kerajaan negeri.

Persoalannya sekarang bukan lagi sama ada BN mampu menang atau tidak.

Persoalannya ialah…

Menang sebanyak mana?

Kerana BN bukan sahaja mahu mempertahankan kerajaan.

BN juga mahu mempertahankan keyakinan rakyat terhadap prestasi pentadbiran yang sedang berjalan.

Ironinya, PH datang menawarkan Johor supaya menjadi seperti Selangor.

Sedangkan ramai rakyat Johor melihat prestasi kerajaan negeri hari ini sudah berada pada landasan yang baik.

Kalau rumah kita sedang elok dibina, mengapa perlu dirobohkan semata-mata kerana ada orang datang berkata dia boleh bina rumah yang lebih cantik?

Bagi saya, pilihan raya ini bukan pertandingan siapa paling pandai membuat janji.

Tetapi siapa yang mempunyai rekod. Siapa yang sudah bekerja. Siapa yang sudah membuktikan.

Kalau BN berjaya mempertahankan Johor dengan majoriti yang lebih besar, mesej rakyat akan menjadi sangat jelas.

Bahawa rakyat Johor memilih berdasarkan prestasi, bukan semata-mata slogan.

Dan mungkin ketika itu, budaya “kaki claim” ini juga akan mula ditolak oleh rakyat.

Jamal Rafaie Jakiran
Kuala Terengganu
Asal Kuala Selangor

Related Post